Prepare Yourself For Ramadan






Sudah lama tidak menulis, akhirnya diberi juga kesempatan untuk menulis. Alhamdulillah saya ucapkan.Pada entri kali ini saya ingin menulis tentang bulan agung yang kita akan sambut tidak lama lagi, yakni ramadhan.

***

Bulan Ramadhan, ada apa dengan Ramadhan ya? Ia mungkin jadi tanda tanya pada sesetengah orang. Mungkin pada orang yang baru dapat hidayah,dan baru tersedar yang pada Ramadhan ini bukannya setakat puasa semata. Mungkin kepada golongan yang baru berjinak dengan amalan berpuasa di bulan Ramadhan(yg baru baligh terutamanya).Dan pelbagai lagi contoh lain.

***

Banyak matlamat yang boleh dicapai pada bulan Ramadhan ini. Contohnya seperti, ''owh, dalam bulan Ramadhan ni boleh aku jimatkan perbelanjaan aku, sahur ifthar semua kat masjid". Situasi kedua, ''aku target bulan ni,aku nk turunkan berat badan aku sebanyak 2kg. Dan banyak lagi kerenah yang kita boleh lihat. Tapi adakah semua benda itu yang kita ingin kita capai? Adakah kita sebagai orang yang faham tentang apa yang ada pada Ramadhan ini, ingin mencapai sesuatu benda yang remeh ini? Secara jujurnya saya juga ingin menurunkan berat badan saya pada bulan ini. Tetapi jangan kita sibukkan diri kita dengan agenda yang hanya remeh ini. Jadikan ia hanya sebagai suatu matlamat sampingan.

***

Bulan Ramadhan ini sebenarnya adalah suatu bulan di mana, suatu medan untuk kita mempertingkatkan kuantiti dan kualiti terutamanya dalam ibadah kita. Di bulan Ramadhan ini Allah telah melipat kali ganda pahala amalan wajib sebanyak 700 kali ganda(kalau tak silap). Manakala amalan sunat pula menyamai amalan wajib pada bulan-bulan biasa. Amalan-amalan juga juga dilipat kali ganda pahalanya. Pada pagi hari kita berpuasa dan bekerja, pada malam hari kita hidupkan ia dengan amalan.

***

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
“Barangsiapa yang puasa Ramadhan karena iman dan mengharapkan pahala,
akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR. Bukhari [38, 1901,
2014] dan Muslim [760] dari sahabat Abu Huraira.



Hadis ini Rasulullah menyatakan,bahawasanya,barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan penuh keimanan yakni bersungguh-sungguh dan mengharapkan pahala daripada Allah,maka akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Ramadhan ini mempunya tiga frasa. AWWALUHUR RAHMAH- PERMULAANNYA RAHMAT. Pada 10 hari permulaan, rahmat Allah mencurah kepada seluruh hamba-hambanya. WAAUSATUHUR RAHMAH-PERTENGAHANNYA MAGHFIRAH- Pada pertengahannya keampunan. Dan yang terakhir, WAAKHIRUHU ITQUM MINAN NAR- PELEPASAN API NERAKA.

***


Pada bulan Ramadan juga terdapat suatu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, yakni malam lailatul qadr, pahalanya menyamai beribadah selama seribu bulan.Kemungkinan besar ia akan berlaku pada 10 malam terakhir. Jadi apapun, perbanyakkanlah amalan setiap masa. Akhir sekali, gunakanlah segala kesempatan dan peluang yang Allah masih beri kepada kita ini dengan baik. Rancanglah Ramadhan kita pada tahun ini dengan sebaik-baik perancangan. Banyakkanlah membaca Al-Quran,berzikr,berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, berdoa,doa kita mudah diterima oleh Allah pada bulan Ramadhan ini.

***

Sekian.

0 comments:

Post a Comment

لا إله إلاَّ الله محمد رسولاللهرضيت بالله رباوبالاسلام دينابمحمد صلى الله عليه وسلمنبياورسولااللهم صلي وسلم على سيدنا محمدعلى آله وصحبه أجمعينالسلام عليكم و رحمة الله و بركاتهأهلا وسهلا ومرحبا بكم

Taaruf

Taaruf
I wish to see this world conquer by islam, And I wish to live in the place call Jannah.

IKHWAN MUSLIMIN

IKHWAN MUSLIMIN

Semakin Jauh

Kenalilah

Merebut Hidayah

Penenang Kalbu

Hiwar

Hijriah

Followers