Salam sejahtera kepada semua pembaca yang sentiasa dirahmati allah, insyaalaah. Setelah sebulan kita melalui bulan ramadhan yang mulia ini, kini dia akan pergi meninggalkan kita.
*****
Terasa amat berbeza pada tahun ini, kerana ramadhan pada tahun ini terasa begitu cepat meninggalkan diri. Mungkinkah diri ini yang terlalu alpa akan urusan duniawi atau memang suatu perintah allah...entah lah.
Amat pahit apabila berhadapan dengan perpisahan, terutamanya bagi segolongan ''Romeo&Juliet'' , setelah lama menaruh kasih kepada si dia, dan akhirnya terpaksa meninggalkan si dia (kekasih).
Perpisahan itu amat pahit sebenarnya, memang tidak dinafikan lagi. Perpisahan itu manis sebenarnya. Bagi saya ia akan menjadi begitu apabila perpisahan itu mempunya makna dan membawa sesuatu impak yang besar pada kita.
Moga-moga perpisahan yang saya lalui ini suatu perpisahan yang membawa makna yang besar dalm hidup saya, yakni perpisahan ramadhan pada tahun ini. Salam perpisahankepada bulan ramadhan.
Moga kita akan berjumpa lagi... Insyaallah.