Iktikaf Perdana Ramadhan Hira

Alhamdulillah, akhirnya Allah memberikan peluang utk menyempurnakan satu entri yg baru, setelah sekian lama meninggalkan blog ini buat sketika waktu...pada mulanya memang tak berniat untuk menulis entri terbaru ni..tapi perkara dah ditetapkan Al-Qadir, tak boleh diubah...



Baru-baru ini ada program iktikaf perdana, yang dianjurkan oleh beberapa orang yang prihatin.Tidak ku sangka, sambutannya amat mengagumkan, kerana ramai diantara yang hadir, kediaman mereka yang jauh-jauh belaka.Tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik.

عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُـوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ قَامَ رَمَضَانَ اِيْمَانًا وَاحْتِسَابَا غُفِرَ لَهُ مَاتَقَدَّمَ لَهُ مِنْ ذَنْبِهِ

"Dari Abi Hurairah radiallahu 'anhu berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: Barangsiapa yang bangun (menghidupkan ibadah) dibulan Ramadan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan balasan yang baik), maka diampunkan dosanya yang telah lalu" -riwayat Bukhari (36)-


Ini ada diletakkan sedikit kenangan ketika program tersebut...


MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

Inilah lokasi penginapan kami...
Azwan pon ade gak...


Sedikit ucapan daripada penganjur kita... akh Siddiq Amin

EH..eh..
Para peserta sedang khusyu mendengar, terutama yg sebelah aiman naim tuh...heheh

PERH omar khusyu plak...


Ulil pon ade gak...

Bersedia untuk berbuka puasa


Dah x sabar nk moreh nih...

Jangan laa kaco, org nk makan nie...


SUASANA PADA MALAM HARI





ALUMNI YANG TURUT HADIR


RIADHAH


LIQA TERAKHIR


Ucapan KU 09/10

DALAM PERJALANAN PULANG



Hahahah gambar kenangan ku bersama member...

Setelah sekian lama...



Di rumah ku, sudah sekian lama tidak hujan.Tapi pada hari pertama ramadhan, hujan mula turun membasahi bumi ini.


Aku dapat rasakan bahawa ini adalah sebuah rahmat yang allah turunkan keapada kita semua, dan peristiwa ini berlaku pada tanggal 1 ramadhan. Ini menunjukkan allah sudah mula menurunkan rahmat-NYA kepada kita.


Yakinlah bahawasanya memang beanarlah bulan ramadhan ini suatu bulan yang luarbiasa dan dengan rahmat dan maghfirah. Selamat menyambut Ramadhan Al -Mubarak...

Ramadhan!!!!! alhamdulillah


Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi, yang telah memberi kita sekali lagi kesempatan dan peluang untuk mencoret ramadhan kita pada tahun ini. Segala puji bagi mu ya allah.



Insyaalllah esok kita akan menyambut ramadhan. Bulan yang amat dinan-nantikan oleh semua orang-orang yang beriman, insyaallah. Kerana segala amalan-amalan kita akan dilipat gandakan. Jadi, banyak-banyakkanlah beribadah kepada allah.



Suka untuk ana membuat perumpamaan tentang ramadan ini. Ana mengumpamakan ramadhan ini sebagai suatu Madrasah Pembaharuan
(transformasi laa katakan). Dan ini sebenarnya sebuah hadiah yang amat besar yang allah beri kepada kita sebagai hambanya yang beriman. Kerana apa, tidak lain dan tidak bukan kerana allah amat menyayangi hambanya.


Mengapa ramadhan ini dianggap sebagai satu bulan perubahan? Kerana didalam bulan ini, allah telah melenyapkan satu daripada dua musuh yang selalu membelenggu diri kita, yakni Syaitan. Jadi... sama-sama lah kita kuatkan azam kita untuk mencapai kegemilangan didalam bulan Ramadan ini.



Ramadan ini sebenarnya banyak bende yang kita boleh perolehi sebenarnya, contohnya seperti, mendapat pahala puasa, solat tarawih, ibadah skit tapi benefit banyak...seperti yang kita tahu, amalan-amalan sunat digandakan pahalanya setaraf dengan pahala wajib dan segala amalan wajib digandakan menjadi 10kali ganda pahala, subhanallah. Amat rugilah jika kita mengambil peluang ini dengan sebaiknya.


Jadi, marilah kita sama-sama membuat suatu transformasi didalam diri kita, sempena ''hadiah ramadan'' yang allah kasi kepada kita ni, ana ada teringat satu kata-kata, ke hadis... x pasti laaa, tapi bunyi dia camni...

'
' Barangsiapa yang dia lalui bulan ramadhan ini tanpa sebarang perubahan dalam diri dia, maka sebenarnya dia tak nak pon perubah...''



.:: Semoga berjaya ::.

SebUah TranSfOrmasi

Salam saya ucapkan kepada semua pembaca...


****


Saya mempunyai jiran Boleh digelar satu geng gak laaa. Dia ni sebenarnya seorang budak yang dahulunya mempunyai perangai yang agak terok laa. Tapi, sekarang..., nak tahu? Apa kaitan beliau dengan transformasi? Ikuti selanjutnya...


***


Dia diberi nama Irfan. Seorang yang berumur 17 tahun.Dan akan menduduki peperiksaan besar yakni SPM. Tapi itu semua tidak menjadi penghalang untuk beliau meneruskan agenda utama beliau...nak tau apa?Ikuti selanjutnya...


***


Dia ni dulu sebenarnya seorang yang sama seperti budak luar, kurang agama laa kiranya. Tapi sekarang... sebuah transformasi sudah menghinggap kedalam diri beliau. Kesannya amatlah mendalam, sehinggakan belau ni telah hanyut didalam dunia pentarbiyyahan di masjid. Pada awalnya beliau ni semangat datang ke masjid, semata-mata untuk mencapai mic demi melaungkan kalimah allah, ketika masuknya waktu azan.


***


Saya pun dulu semangat jugak seperti saudara ni dahulu. Setelah beberapa bulan berlalu, kepercayaan pak cik-pak cik surau kepada beliau melambung tinggi. Disebabkan itu, beliau dilantik menjadi bilal utama surau al amin. Sebuah surau di seksyen 18 (kediaman saya ).


***


Dari sini saya boleh membuat satu kesimpulan, dimana apabila seseorang itu melalui satu proses yang dinamakan tarbiyyah, dia mampu membuat satu TRANSFORMASI didalam dirinya. Tidak semestinya di sekolah aje. Dimana-mana pun boleh, contohnya seperti di surau.


***


Sekian.




''Bangun pagi gosok gigi guna ubat gigi''... Assalamualaikum kepada semua pembaca sekalian. Mesti akan tertanya-tanta didalam kotak fikiran saudara sekalian, ada apa dengan gosok gigi itu, bukan?


###



Hidup ini kadang-kadang tu seperti rutin. Bangun pagi mesti gosok gigi.dan juga mestilah sarapan..., dan ada juga tido sampai tak ingat dunia. Jadi, satu persoalan... bagaimanakah rutin harian kita sebagai hambaNYA...?


###



Kesimpulannya, gigi kita saya umpamakan sebagai hati kita yang hari-hari memang perlu dibersihkan sepertimana kita perlu membersihkan gigi kita supaya tidak buruk dek dipandang orang. Jika gigi kotor nanti malu dilihat orang, dan kalau hati kian kotor, kita sepatutnya malu dipandang oleh Allah s.w.t.


###


Sekian...

pENgemis





Suasana pagi yang nyaman,terasa lembut membelai kulitku. Ibuku mengajakku untuk menemaninya untuk pergi membeli-belah di pasar tani yang terletak tidak jauh dari kediaman ku.Dikala ibu sedang sibuk mencari bahan-bahan yang diperlukan untuk dimasak, aku pun sengaja aku memisahkan diriku dengan ibuku untuk meninjau-ninjau suasana pasar itu, maklumlah setelah sekian lama di ''QUARANTINE'' di asrama...heheh.

***


Sedang syok berjalan, sambil menghirup udara-udara yang terapung-apung di udara...tiba-tiba...
aku terlihat akan seorang pemuda yang kurang sempurana akan pancainderanya duduk diatas lantai yang hanya beralaskan tikar kecil untuk membuat alas. Aku terasa amat kesian dan aku berasa sangat bersyukur kerana masih lagi diberi kekuatan untuk terus berjalan dan menunaikan hak-NYA sebagai hamba.

***


Aku pun terus berjalan sehinggalah ibuku selesai membeli barang, buat kali terakhirnya aku pun pergi menemui lelaki tadi tersebut, ''mane plak die ni''? Aku dalam kebingungan. Lantas, aku pun terus dan terus mencari dimanakah lelaki tadi tersebut. Setelah aku nampak kelibat lelaki tersebut, aku pun terkesima..., ''ha?''.

***

Apa yang aku nampak ni,bukan lah situasi yang aku baru nampak sebentar tadi . Pengemis itu hanyalah seorang boneka yang dihantar untuk mengemis ditengah-tengak kaki lima tersebut. Sekepala lelaki tersebut adalah diantara peniaga yang terlibat dalam perniagaan pasar tani tersebut.

***

Aku betul-betul geram dengan lelaki tersebut. Tapi, aku tak boleh menuduh dia, kerana mungkin dia dipaksa untuk membuat begitu. Apa-apa pun yang penting adalah pengajaran yang perlu kita ambil disini adalah, kita kenelah bebanyakkan teria kasih kepada Allah krn masih lagi diberi kesenangan hidup.............ALHAMDULILAH.



لا إله إلاَّ الله محمد رسولاللهرضيت بالله رباوبالاسلام دينابمحمد صلى الله عليه وسلمنبياورسولااللهم صلي وسلم على سيدنا محمدعلى آله وصحبه أجمعينالسلام عليكم و رحمة الله و بركاتهأهلا وسهلا ومرحبا بكم

Taaruf

Taaruf
I wish to see this world conquer by islam, And I wish to live in the place call Jannah.

IKHWAN MUSLIMIN

IKHWAN MUSLIMIN

Semakin Jauh

Kenalilah

Merebut Hidayah

Penenang Kalbu

Hiwar

Hijriah

Followers