Ramadhan!!!!! alhamdulillah


Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi, yang telah memberi kita sekali lagi kesempatan dan peluang untuk mencoret ramadhan kita pada tahun ini. Segala puji bagi mu ya allah.



Insyaalllah esok kita akan menyambut ramadhan. Bulan yang amat dinan-nantikan oleh semua orang-orang yang beriman, insyaallah. Kerana segala amalan-amalan kita akan dilipat gandakan. Jadi, banyak-banyakkanlah beribadah kepada allah.



Suka untuk ana membuat perumpamaan tentang ramadan ini. Ana mengumpamakan ramadhan ini sebagai suatu Madrasah Pembaharuan
(transformasi laa katakan). Dan ini sebenarnya sebuah hadiah yang amat besar yang allah beri kepada kita sebagai hambanya yang beriman. Kerana apa, tidak lain dan tidak bukan kerana allah amat menyayangi hambanya.


Mengapa ramadhan ini dianggap sebagai satu bulan perubahan? Kerana didalam bulan ini, allah telah melenyapkan satu daripada dua musuh yang selalu membelenggu diri kita, yakni Syaitan. Jadi... sama-sama lah kita kuatkan azam kita untuk mencapai kegemilangan didalam bulan Ramadan ini.



Ramadan ini sebenarnya banyak bende yang kita boleh perolehi sebenarnya, contohnya seperti, mendapat pahala puasa, solat tarawih, ibadah skit tapi benefit banyak...seperti yang kita tahu, amalan-amalan sunat digandakan pahalanya setaraf dengan pahala wajib dan segala amalan wajib digandakan menjadi 10kali ganda pahala, subhanallah. Amat rugilah jika kita mengambil peluang ini dengan sebaiknya.


Jadi, marilah kita sama-sama membuat suatu transformasi didalam diri kita, sempena ''hadiah ramadan'' yang allah kasi kepada kita ni, ana ada teringat satu kata-kata, ke hadis... x pasti laaa, tapi bunyi dia camni...

'
' Barangsiapa yang dia lalui bulan ramadhan ini tanpa sebarang perubahan dalam diri dia, maka sebenarnya dia tak nak pon perubah...''



.:: Semoga berjaya ::.

0 comments:

Post a Comment

لا إله إلاَّ الله محمد رسولاللهرضيت بالله رباوبالاسلام دينابمحمد صلى الله عليه وسلمنبياورسولااللهم صلي وسلم على سيدنا محمدعلى آله وصحبه أجمعينالسلام عليكم و رحمة الله و بركاتهأهلا وسهلا ومرحبا بكم

Taaruf

Taaruf
I wish to see this world conquer by islam, And I wish to live in the place call Jannah.

IKHWAN MUSLIMIN

IKHWAN MUSLIMIN

Semakin Jauh

Kenalilah

Merebut Hidayah

Penenang Kalbu

Hiwar

Hijriah

Followers