Pelik Tapi Benar



Asslamualaikum diucapkan kepada semua pembaca yang sudi membaca blog ini. Alhamdulillah diucapkan kepada Allah kerana masih lagi membekalkan roh ini. Dengan roh ini dapatlah lagi kita merasa nikmat-nikmat ALLAH yang ada diatas muka bumi ini.Alhamdulillah


***


Saya masih ingat lagi peristiwa ini...peristiwa ini berlaku pada ketika saya f2 mahad,yakni tahun lepas. Ketika sedang struggle menghafal al-quran, tiba-tiba ada seorang abang menyapa. ''Kamarul, maaf menganggu. Abang nak kamu jawab soalan teka-teki abang nih''.Dengan penuh confident nya saya pun berkata,''apa dia''? Kenapa ek, apabila kita kentut ajer, secara automatiknya widhu kita pun terbatal? Saya pun terus bermadah dengan berbekalkan apa yang terlintas di kepala, dan akhirnya.''Jawapan kamu itu tadi semuanya salah". Saya pun terus menggaru kepala saya yang tidak gatal.


***


Saya pun bertanya, "habis tu apa sebabnya"?Abang itu menjawab, "sebabnya ialah, sebab Allah ingin melihat sejauh mana kesabaran kamu dalam proses pengambilan wudhu". Saya pun terus ternganga sejurus terkesima. ''Owh begitu rupanya...terima kasih kerana memberi saya informasi yang sangat berguna untuk saya, terima kasih banyak-banyak". Abang itu pun berkata, "Sama-sama".


***


***Identiti abang itu dirahsiakan...heh***

Think One Step Ahead...

Bagi seseorang yang benar-benar ingin mencapai sesuatu yang besar, nescaya dia pasti akan menjelmakan cita-citanya itu dalam kehidupan seharian. Masa dan waktu tidak akan dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa di isi dengan perkara bermanfaat. Setiap pergerakan dan nafas yang keluar masuk dari tubuh dipastikan bagi menggapai tujuan tertinggi. Jadi kita sebagai barisan mahasiswa yang juga pendakwah hendaklah serius dalam memikirkan agenda kita adalah besar dan agung.

Kita bukan hanya mahu pulang menggalas ijazah atau lain-lain sijil akademik semata-mata. Bukan jua hanya membataskan kemahiran kepada pengurusan organisasi dan pengendalian mesyuarat. Tidak juga sekadar berputar di sekitar usrah, qiamullail dan kem-kem motivasi. Kita mesti letakkan sesuatu yang besar dalam jadual rutin harian kita. Usah kita jadi seperti manusia kebanyakan yang mengulangi putaran yang sama setiap hari. Akhirnya tiba masanya untuk berpindah ke dalam liang lahad. Dirinya sendiri tidak menyedari perjalanan hidup yang cukup singkat.

Seorang tabiin pernah menyatakan “Hammuka ala qadari ma ahammak” yang bermaskud “Keseriusan anda adalah bergantung pada kadar apa yang kamu sibukkan”. Ini bererti jika seseorang itu sibuk dengan membincangkan sesuatu yang tidak berfaedah, maka tahap seriusnya dalam hidup ini juga seperti itu. Saya melihat ramai di kalangan kita kurang mahir menyusun jadual waktu dan menentukan awlawiyat dalam pengurusan. Kadangkala kita meletakkan urusan yang sepatutnya dianggap penting di tempat nombor 2 ataupun seterusnya. Begitu juga sebaliknya. Kita menjadikan perdebatan tentang sesuatu yang tidak penting sebagai salah satu kesibukan yang utama. Akibatnya, banyak masa kita terbuang begitu sahaja. Peribadi diri dan pembangunan syakhsiah tidak diberikan penekanan. Skil-skil major sebagai seorang mahasiswa seperti bakat kepimpinan, pengurusan ogranisasi, perhubungan sentara, berhujah secara ilmiah tidak dikuasai. Isu penguasaan bidang takhasus juga menjadi satu persoalan besar kepada kita semua. Adakah kita benar-benar menguasai ilmu yang kita pelajari atau ia sekadar tiket dalam peperiksaan bagi mandapatkan segulung ijazah?


Sama-sama lah kita memikirkannya...

Cuti-cuti Malaysia





Assalamualaikum kepada semua pembaca yang dirahmati allah,insyaallah. Alhamdulillah,pejam celik-pejam celik akhirnya sampai juga kita pada cuti akhir tahun ini. Setelah masing bertungkus-lumus dalam menghadapi peperiksaan akhir tahun, demi menggapai kecemerlangan yang diidamkan.



Jadi insyaallah, bersempena dengan cuti ini, semua telah dimaklumkan bahawa cuti ini boleh diibaratkan seperti SILLENT KILLER, iaitu pembunuh senyap. Cuti yang penuh dengan cubaan dan dugaan yang amat perit untuk kita menempuhinya.



Jadi sebenarnya penting untuk kita menjaga iman dikala cuti ini. Kerana apa, kerana semua tindak -tanduk kita akan jadi baik jika iman kita masih teguh. Jadi, demi menyelamatkan iman kita, kita mesti membina Bahtera Penyelamat. Pastikan cuti kita ini, telah dipenuhkan dengan aktiviti-aktiviti yang berguna, agar masa itu tidak berlalu begitu sahaja dan supaya syaitan tidak berjaya merancang yang buruk untuk kita.



Selain itu, kepada sesiapa yang memiliki telefan bimbit itu, hendaklah digunakan sebaik mungkin. Gunakanlah telefon itu, untuk kita saling berhubung diantara satu sama lain, jangan biarkan diri kita diselubungi dengan kesepian. Kerana, syaitan mudah memasuki hati kita apabila diri kita berseorangan dirumah terutamanya. Saling ingat-mengingati dalam mengerjakan ibadah dan dalam mengekalkan tarbiyyah yang ada didalam diri kita.



Mungkin kekadang itu susah untuk kita membuatkan bahtera kita terus berlayar diakala ombak dan badai datang menekam. Jadi, nak atau tak nak, perlunya kita untuk menjaga segala ibadah kita, yakni konsisten dalam segala ibadah yang kita selalu lakukan di sekolah atau sebagainya. Kita juga perlu meletakkan satu matlamat yang ingin dicapai dalam sehari, supaya dengan itu, diri kita akan sentiasa rasa dikejar oleh masa.



Dan yang terakhir sekali, bersempena cuti ini juga, buatlah sesuatu yang memberi impak kepada kedua-dua ibubapa kita, yakni dengan menolong apa yang patut, supaya ada kesannya apabila adanya kita dirumah itu. Janganlah jadi orang yang apabila dia ada, atau tidak ada sama sahaja.



Insyaallah, semoga kamu bahtera kamu semua dapat terus berlayar dengan baik...insyaallah.

لا إله إلاَّ الله محمد رسولاللهرضيت بالله رباوبالاسلام دينابمحمد صلى الله عليه وسلمنبياورسولااللهم صلي وسلم على سيدنا محمدعلى آله وصحبه أجمعينالسلام عليكم و رحمة الله و بركاتهأهلا وسهلا ومرحبا بكم

Taaruf

Taaruf
I wish to see this world conquer by islam, And I wish to live in the place call Jannah.

IKHWAN MUSLIMIN

IKHWAN MUSLIMIN

Semakin Jauh

Kenalilah

Merebut Hidayah

Penenang Kalbu

Hiwar

Hijriah

Followers