Cuti-cuti Malaysia





Assalamualaikum kepada semua pembaca yang dirahmati allah,insyaallah. Alhamdulillah,pejam celik-pejam celik akhirnya sampai juga kita pada cuti akhir tahun ini. Setelah masing bertungkus-lumus dalam menghadapi peperiksaan akhir tahun, demi menggapai kecemerlangan yang diidamkan.



Jadi insyaallah, bersempena dengan cuti ini, semua telah dimaklumkan bahawa cuti ini boleh diibaratkan seperti SILLENT KILLER, iaitu pembunuh senyap. Cuti yang penuh dengan cubaan dan dugaan yang amat perit untuk kita menempuhinya.



Jadi sebenarnya penting untuk kita menjaga iman dikala cuti ini. Kerana apa, kerana semua tindak -tanduk kita akan jadi baik jika iman kita masih teguh. Jadi, demi menyelamatkan iman kita, kita mesti membina Bahtera Penyelamat. Pastikan cuti kita ini, telah dipenuhkan dengan aktiviti-aktiviti yang berguna, agar masa itu tidak berlalu begitu sahaja dan supaya syaitan tidak berjaya merancang yang buruk untuk kita.



Selain itu, kepada sesiapa yang memiliki telefan bimbit itu, hendaklah digunakan sebaik mungkin. Gunakanlah telefon itu, untuk kita saling berhubung diantara satu sama lain, jangan biarkan diri kita diselubungi dengan kesepian. Kerana, syaitan mudah memasuki hati kita apabila diri kita berseorangan dirumah terutamanya. Saling ingat-mengingati dalam mengerjakan ibadah dan dalam mengekalkan tarbiyyah yang ada didalam diri kita.



Mungkin kekadang itu susah untuk kita membuatkan bahtera kita terus berlayar diakala ombak dan badai datang menekam. Jadi, nak atau tak nak, perlunya kita untuk menjaga segala ibadah kita, yakni konsisten dalam segala ibadah yang kita selalu lakukan di sekolah atau sebagainya. Kita juga perlu meletakkan satu matlamat yang ingin dicapai dalam sehari, supaya dengan itu, diri kita akan sentiasa rasa dikejar oleh masa.



Dan yang terakhir sekali, bersempena cuti ini juga, buatlah sesuatu yang memberi impak kepada kedua-dua ibubapa kita, yakni dengan menolong apa yang patut, supaya ada kesannya apabila adanya kita dirumah itu. Janganlah jadi orang yang apabila dia ada, atau tidak ada sama sahaja.



Insyaallah, semoga kamu bahtera kamu semua dapat terus berlayar dengan baik...insyaallah.

0 comments:

Post a Comment

لا إله إلاَّ الله محمد رسولاللهرضيت بالله رباوبالاسلام دينابمحمد صلى الله عليه وسلمنبياورسولااللهم صلي وسلم على سيدنا محمدعلى آله وصحبه أجمعينالسلام عليكم و رحمة الله و بركاتهأهلا وسهلا ومرحبا بكم

Taaruf

Taaruf
I wish to see this world conquer by islam, And I wish to live in the place call Jannah.

IKHWAN MUSLIMIN

IKHWAN MUSLIMIN

Semakin Jauh

Kenalilah

Merebut Hidayah

Penenang Kalbu

Hiwar

Hijriah

Followers