Asslamualaikum kepada semua pembaca,alhamdulillah setelah sekian lama saya meninggalkan blog ini dan akhirnya Allah mengizinkan juga saya untuk kembali menulis. Ambillah apa-apa yang boleh dijadikan pedoman dalam hidup.
Siapa yang lebih cinta Allah,maka dialah orang yang paling banyak memberi.Oleh sebab itu hidup ini akan lebih harmoni apabila kita banyak ememberi, bukan menerima.
Manusia memikul peranan besar di muka bumi ini iaitu sebagai khalifah. Tugak khalifah adalah utk memberi kebaikan kepada diri sendiri,org lain dan persekitarannya.Hanya dengan cara itulah muka bumi ini akan makmur dengan pembangunan material,keamanan dan keampunan tuhan.
Tetapi tidak semua orang yang boleh memberi.Mendapat pada sangkaan mereka adalah membahagiakan.Maka berlakulah pergaduhan dan perebutan,Padahal hidup ini saling melengkapi dan berkongsi.''We are here to complete,not to compete!''
Jika kita banyak memberi,kita akan meningkatkan kualiti jiwa.Jka kita banyak menerima,kita akan meningatkan kuantiti harta.Intailah hari-hari yang berlalu dalam kehidupan seharian. Pada hari yang ceria dan gembira itulah hari yang kita paling banyak memberi berbanding menerima.