Langkah Akhir Disember 2009






Salam sejahtera buat semua pembaca, maaf kerana telah terlalu lama meninggalkan blog ini, kerana ada kesibukan dunia yang semakin dikejar, semakin jauh lah kita. Alhamdulillah pada hari ini Allah membenarkan lagi saya untuk bernafas da menulis. Sama-sama kita ucapkan Alhamdulillah.


Perjalanan seorang insan takkan berhenti selagi ia masih mampu bernafas, selagi darah masih mengalir di dalam tubuh badannya yang hina, selagi Izrail belum lagi datang menjemputnya bertemu dengan Al-Hayyu.

Perjalanan seorang insan ini cuma sementara, bak berteduh sebentar di bawah pepohonan rendang dalam satu permusafiran panjang menuju negeri abadi.

Perjalanan seorang insan penuh dengan ujian dan cabaran, onak dan duri, manis dan pahit, dan pastinya setiap insan itu diberi pilihan samada untuk menyusuri jalan menuju kebahagiaan atau kebinasaan.


" فالهمها فجورها وتقوها "

maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaan (As-Syams : 8)


maka sedarilah saudaraku..
Perjalanan ini bukan satu permainan, perjalanan ini bukan satu awang-awangan, tapi ia satu perjalanan yang perlu dirancang dan disusun. Setiap detik dan ketika yang kita habiskan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Kita akan dipersoalkan akan masa yang telah kita sisakan di hadapan Al-'Adlu, Al-Hakim.


Seorang sahabat Rasulullah sering menangis apabila masuknya waktu senja dan ia seringkali merintih,


" Umurku sentiasa bertambah sedangkan amalanku sentiasa berkurang"


Apakah amalan kita lebih baik dari mereka? renung-renungkanlah.



******



Sememangnya musim cuti saya dan sahabat-sahabat sekalian sedang lalui ini memang menjadi satu medan ujian yang besar dalam proses pentarbiyahan dan didikan setiap dari kita. Teringat kata-kata seorang senior saya dulu memberi gambaran tentang cuti,


" cuti ini ibarat testing zone selepas kita melalui proses kilang yang panjang. maka siapa yang berjaya lulus dalam testing zone ini, maka ia akan menjadi satu produk yang berguna dan bermanfaat kelak."


Tapi kalau dalam proses kilang dah rosak, apatah lagi diperingkat testing zone.. (sekadar selitan).





"mari kita sama-sama pastikan cuti ini adalah cuti yang terbaik untuk diri kita
dan marilah kita mulakan satu
langkah akhir di Disember."

0 comments:

Post a Comment

لا إله إلاَّ الله محمد رسولاللهرضيت بالله رباوبالاسلام دينابمحمد صلى الله عليه وسلمنبياورسولااللهم صلي وسلم على سيدنا محمدعلى آله وصحبه أجمعينالسلام عليكم و رحمة الله و بركاتهأهلا وسهلا ومرحبا بكم

Taaruf

Taaruf
I wish to see this world conquer by islam, And I wish to live in the place call Jannah.

IKHWAN MUSLIMIN

IKHWAN MUSLIMIN

Semakin Jauh

Kenalilah

Merebut Hidayah

Penenang Kalbu

Hiwar

Hijriah

Followers